REFLEKSI KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai SEGAK yang telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah merupakan satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan mereka. Matlamat SEGAK ini dilakukan adalah supaya murid sentiasa mengamalkan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan diri.
Terdapat
dua ujian telah dijalankan bagi ujian SEGAK dan ujian bleep iaitu ujian pra dan
ujian post. Pada 8 Julai 2019,
unit Pendidikan Seni Visual 3 telah menjalankan ujian pra SEGAK berserta ujian bleep
manakala pada 8 September 2019, ujian post SEGAK dan ujian bleep telah
dijalankan. Ujian SEGAK yang dilakukan merangkumi Indeks Jisim Badan (BMI),
ujian naik turun bangku, ujian tekan tubi, ujian ringkuk tubi separa dan ujian
jangkauan melunjur.

Pada ujian
pra, kebanyakkan skor yang telah saya perolehi kurang memuaskan berbanding
ujian post. Pada ujian pra ini, BMI saya menunjukkan bacaan 16.36 dengan berat
saya seberat 37.8kg dan tinggi saya setinggi 152.2cm. Pada ujian post pula, BMI
saya menunjukkan bacaan 16.9 dengan berat saya seberat 39.3kg dan tinggi saya
setinggi 152.3cm. Hal ini menunjukkan berlakunya peningkatan BMI iaitu pada
berat badan saya. Peningkatan ini berlaku kerana saya telah mengamalkan amalan
pemakanan yang sihat bagi memastikan ketinggian dan berat badan saya seimbang
serta memiliki BMI yang normal.
Seterusnya,
bagi ujian naik turun bangku pula, berlakunya penurunan kadar denyutan nadi iaitu 89 denyutan nadi
dalam seminit pada ujian pra dan 80 denyutan nadi dalam seminit pada ujian
post. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kardiovaskular dan metabolisme saya
semakin meningkat kerana saya telah kerap melakukan senaman sepanjang tempoh
sebelum ujian post dijalankan. Senaman yang dilakukan secara berkala dapat
mengekalkan tahap kardiovaskular tubuh badan serta mampu meningkatkan
hipertrofi jantung.
Bagi ujian
tekan tubi pula, saya telah mendapat sebanyak 20 kali pada ujian pra dan
kemudiannya meningkat kepada 26 kali pada ujian post. Hal ini menunjukkan
bahawa berlakunya peningkatan daya tahan otot pada otot bisep dan trisep saya
kerana lengan saya mampu menampung berat badan saya.
Ujian
ringkuk tubi separa saya pada mulanya mendapat sebanyak 15 kali pada ujian pra.
Kemudiannya meningkat kepada 28 kali pada ujian post. Ini juga menunjukkan
bahawa berlakunya peningkatan daya tahan otot dan kekuatan otot pada otot
rektus abdominis yang membuatkan saya mampu bertahan lebih lama.
Ujian jangkauan
melunjur pada ujian pra, saya telah memperolehi sebanyak 36cm manakala pada
ujian post pula, saya telah memperolehi sebanyak 38cm, Hal ini jelas menunjukkan
bahawa tahap fleksibiliti saya rendah kerana hanya berlaku peningkatan
sebanyak 2cm sahaja.
Akhir
sekali ialah ujian bleep. Pada ujian pra, saya telah mendapat sebanyak 3.3 mata
dan meningkat secara mendadak pada ujian post iaitu sebanyak 4.7 mata. Hal ini kerana
saya telah melakukan senaman yang memberikan pengkhususan pada otot bahagian kaki iaitu pada otot kuadriseps,
hamstring dan gastroknemius sebelum ujian bleep dijalankan.
Saya dapat menyimpulkan bahawa saya perlu
memperbanyakkan melakukan senaman secara berkala agar dapat meningkatkan kadar
kardiovaskular tubuh badan serta membantu peraliran darah berjalan dengan lancar.

RUJUKAN :
BUKU
1. Khairudin bin Saidin et al (2016), Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4, Terbitan :
Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
2. Nelfianty Binti Mohd Rasyid et al (2017), Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5,
Terbitan : Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
INTERNET